Tampilkan postingan dengan label syarikat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label syarikat. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Perbezaan Drama Melayu Dan Drama Amerika Syarikat

Menarik sungguh artikel yang SIAKAPKELI baca di Facebook sebentar tadi. Rasa rugi tidak berkongsi dengan pembaca SIAKAPKELI buah fikiran saudara Mizan Hashri ini. Perbandingan antara drama Melayu dan drama Amerika Syarikat sememangnya menunjukkan drama kita masih tidak berkembang.
Berikut SIKAPKELI kongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita amnya dan penerbit drama Melayu khususnya.
Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri.
Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.
Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.
Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.
Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin
Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):
Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)
Sementara itu drama TV Amerika pula:
House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)
Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.
Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.
Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagimeneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.
Produktivi
Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.
Bahasa Inggeris
Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.
Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.
Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?
Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.
Pilihlah sendiri...
sumber:
Minggu, 29 Desember 2013
Tegur Syarikat Rakaman Abaikan Artis Sendiri

PETALING JAYA – Penyanyi Ezad Lazim mengakui terasa hati dan kecewa dengan syarikat rakaman Music Valley Malaysia (MVM) yang lebih mengutamakan artis negara jiran berbanding artis di bawah naungannya sendiri.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 34, berkata, syarikat rakaman tersebut tidak memberi kepentingan terhadap promosi lagu-lagu terbaharunya serta tidak menunaikan janji mempromosi lagunya ke negara Indonesia.
“Saya kesal kerana mereka lebih mementingkan artis luar untuk bawa masuk dan mempromosikannya di negara ini tetapi sebaliknya artis seperti saya yang berada di bawah naungannya sendiri dibiarkan begitu sahaja.
“Sebaik mana pun karya yang kami lakukan sudah tidak dipandang lagi, kami tahu kami tidak mendatangkan duit kepada mereka. Mereka janji mahu bawa saya promosi ke Indonesia sejak saya bertunang dahulu sehingga ke hari ini hanya tinggal janji sahaja,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.
Ezad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status Facebook miliknya yang dimuat naik pada Khamis sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat rakaman yang dinaunginya, Music Valley Malaysia yang membawa masuk pelbagai artis dari Indonesia ke negara ini untuk tujuan promosi.
Tambah Ezad, dia mengakui disebabkan kekurangan promosi yang dilakukan oleh syarikat tersebut, dia juga gagal mendapat tawaran bagi mengadakan persembahan.

“Ini adalah mata pencarian dan kerja kami, kalau tiada sebarang promosi di media atau di mana-mana, orang ramai pun tidak tahu tentang lagu-lagu baru kami.
“Nasib baik juga saya ada perniagaan sendiri yang mana sedikit sebanyak dapat membantu keluarga,” katanya.
Jelas Ezad, disebabkan hal berkenaan dia semakin tawar hati dan kurang bersemangat untuk aktif dalam industri seni suara tanah air.
Dakwaan Ezad Tidak Berasas – Daxter
Sementara itu, Pengarah Urusan Music Valey, Dexter Koh, yang dihubungi berkata, dakwaan mengabaikan tanggungjawab mempromosikan artis di bawah naungannya adalah tidak berasas.
Tambah Dexter, Ezad sendiri mempunyai masalah dalam memberi kerjasama untuk hadir dalam rangka promosi yang telah diaturkan pihaknya.
“Kami sudah buat lebih lima promosi untuk lagu baharu dia tapi masalah itu sebenarnya datang daripada dia sendiri yang beri banyak alasan untuk tidak hadir.
“Dia tidak beri kerjasama malah tidak datang promosi dengan radio yang diaturkan,” ujarnya.
Daxter juga akan memanggil penyanyi itu bagi menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.
“Jika ada masalah datang berjumpa kami bukan dengan cara melakukan sesuatu dengan merumitkan lagi keadaan,” katanya. – mStar Online

Status Facebook yang dimuat naik oleh Ezad Lazim pada Khamis
“Nasib baik juga saya ada perniagaan sendiri yang mana sedikit sebanyak dapat membantu keluarga,” katanya.
Jelas Ezad, disebabkan hal berkenaan dia semakin tawar hati dan kurang bersemangat untuk aktif dalam industri seni suara tanah air.
Dakwaan Ezad Tidak Berasas – Daxter
Sementara itu, Pengarah Urusan Music Valey, Dexter Koh, yang dihubungi berkata, dakwaan mengabaikan tanggungjawab mempromosikan artis di bawah naungannya adalah tidak berasas.
Tambah Dexter, Ezad sendiri mempunyai masalah dalam memberi kerjasama untuk hadir dalam rangka promosi yang telah diaturkan pihaknya.
“Kami sudah buat lebih lima promosi untuk lagu baharu dia tapi masalah itu sebenarnya datang daripada dia sendiri yang beri banyak alasan untuk tidak hadir.
“Dia tidak beri kerjasama malah tidak datang promosi dengan radio yang diaturkan,” ujarnya.
Daxter juga akan memanggil penyanyi itu bagi menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.
“Jika ada masalah datang berjumpa kami bukan dengan cara melakukan sesuatu dengan merumitkan lagi keadaan,” katanya. – mStar Online
Langganan:
Postingan (Atom)