Jumat, 20 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
akta
»
diperkenal
»
gangguan
»
perlu
»
segera
»
seksual
»
Akta Gangguan Seksual Perlu Segera Diperkenal

IPOH – Kerajaan digesa segera memperkenal Akta Gangguan Seksual agar kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang yang lebih jelas tanpa menggunakan akta lain.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakatdan Integrasi Nasional negeri Perak Datuk Rusnah Kassim berkata ketika ini, kesalahan atau perbuatan gangguan seksual tidak boleh diambil tindakan di bawah Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual sedia ada.
“Sekarang kita hanya ada dalam bentuk Kod sahaja dan ia tidak memperuntukkan tindakan undang-undang yang boleh diambil.
“Jika berlaku perbuatan gangguan seksual, kita terpaksa mengambil tindakan di bawah undang-undang lain seperti jenayah dan Akta Pekerja 1955,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata meskipun tidak mempunyai perincian dan statistik kejadian gangguan seksual, sudah tiba masanya negara memiliki Akta Gangguan Seksual dan ia bukan hanya untuk membela kaum wanita kerana perkara itu juga boleh berlaku kepada lelaki.
“Sudah tiba masanya Majlis Pembangunan Wanita memperjuangkan perkara ini. Keperluannya ada untuk mewujudkan akta ini,” katanya
Terdahulu, menjawab soalan Chua Yee Ling (PKR-Kuala Sepetang), Rusnah berkata kerajaan negeri Perak sudah lama mengamalkan Bajet Responsif Gender dengan memperuntukkan dana khusus bagi pembangunan hal ehwal wanita setiap tahun.
“Semenjak 2010 lagi, sebanyak RM2 juta diperuntuk khusus bagi pembangunan hal ehwal wanita di Perak dan pelbagai program telah dilaksana.
“Begitu juga untuk 2014, sejumlah RM2 juta diberi sebagai peruntukan khusus,” katanya. – BERNAMA
P/S - Gangguan seksual juga sering berlaku pada kaum lelaki. Ini dikaitkan dengan wanita yang berpakaian seksi. - SiakapKeli.com

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar